Saturday 19 November 2011

Keputusan Muktamad=Asrama

Assalamualaikum,



Hai,hai hai ! Sihat? Harap korang semua sihat lah.Kalau tak sihat,makan lah ubat cepat-cepat.Nanti melarat pulak.Semalam,nadia tengok bola.Malaysia VS Myanmar.Keputusannya,Malaysia menang 1 gol tidak berbalas.= 1-0 .Okey fine.Abaikan pendahuluan yang merapu ini.


Okey,actually Nadia nak masuk asrama tahun depan.Ulang sekali lagi,nak.#bangga,haha
Nadia ade send message kepada Ustaz Sani,Ketua warden asrama sekolah nadia.

First2,mestilah kita berbasa-basi dulu kan? haha. #ampun ustaz.
Nadia dah ambil borang permohonan asrama.Dah isi dah pun sebenarnya.Eh,dah hantar dah pun. =,=
On the last at school, 18/11/2011,ade hari terbuka kat sekolah.Ambil report card lah.Then,we have to grab the chance.So,ayah nadia lepas ambik report card tuh,dia pergila jumpa Ustaz Sabri.

Peraturan asrama :-
                             --> Yuran makan sehari Rm1 bagi pelajar yang mempunyai pendapatan ibu bapa
                                    kurang drpd Rm 5000.Dan Rm 3 bagi yang sebaliknya.

So,nadia terlepas pandang yang borang permohonan tu dia nak slip gaji parents. #serius,lupa.
Jadi tak aderlah slip gaji yang dilampirkan.

Ustaz Sabri pun mintaklah slip gaji dekat ayah nadia.Ayah nadia pun cakaplah,tak aperla,saya bayar 3 ringgit.Ustaz Sabri pun cakap 'Okeylah kalau macam tu'. #selamat.

Hurmm,sebenarnya dari form 1 lagi nak duduk asrama,tapi tak dapat la.Tak ade rezeki kan. :)
Awal tahun hari tu pun,dah hantar jugak borang permohonan,tapi tak ade panggilan pun. :)

Banyak jugak dugaan nak masuk asrama ni eek.Waktu nadia nak mintak borang dengan makcik kerani tu pun,macam kena marah je. hehe.

"Ni form berapa ni?"
"Form 2" senyum yang tak berapa ikhlas.Tersenntak sebenarnya.
"Rumah dekat mane?"
"Rumah saya dekat Muar je makcik," hehe.
"Yela..dekat mane?"

Nadia terdiam kejap.Sebenarnya pikir,"nak cakap dekat mane eek,takkan nak cakap dekat parit besar pulak,karang mesti dia ckp 'kan dekat'.Ah,biarlah.Tak baik tipu.Heh !"

"Err,dekat Parit Besar makcik."
"Eh,kan dekat je tuh.Apersal nak masuk asrama ni?"
'Dah agak dah',jawab aku dalam hati.Baru nak jawab,tiba-tiba Zarifah dah jawabkan,
"Kan form 3.Banyak program."
"Oh.Ni ambik borang ni.Kalau Encik Sabri luluskan,baru awak boleh masuk."
"Oh,yelah,terima kasih makcik" senyum.
"Ingat tau,jumpa ustaz sabri"
Nadia senyum jelah.Akhirnya lepas satu dugaan. hehe.
Terima kasih Zarifah ! :)

Nadia ambik borang tu hari Isnin.Hantar hari Jumaat.Oh,betapa semangatnya.Entahlah,saya sendiri pun tak faham.Nadia tengok orang yang tak nak masuk asrama,senang je dia masuk asrama.Yang nak masuk asrama,susah la pulak. Apepun,ade hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku kan.Sekarang ni tinggal tunggu keputusan jela.



Cukuplah nadia merapu hari ni.Hehe.

ma'assalamah wa ilalliqa'
Assalamualaikum. :)
                     

Friday 11 November 2011

Cuti Sekolah Bakal Menjelma.

Assalamualaikum.

Baik,berbalik kepada  tajuk,cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi.Hari ini yang selalu ditunggu-tunggu oleh budak-budak sekolah terutama saya.Actually saya dah lama tunggu cuti sekolah ni,sejak beberapa bulan yang lepas.Haha. #tak senonoh punya perangai.

 HAip ! Betul la.Penat tau asyik mengadap buku setinggi gunung himalaya tu.Habis tu,bila cuti sekolah tak payahlah eh? Heh,banyak cantik.Macamlah kau ngadap buku waktu sekolah ! Heh.



Cuti sekolah haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.Bukan bermakna,tidur je.Kan banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan,tolong orang,tengok tv,menghadap internet,sapu sampah, etc.Bagi orang yang nak kurus,kacaulah anjing tidur.Confirm turun 5kg.Haha.Okey,tak lawak.

Oh,so sweat.

Oh,oh.tapi cuti sekolah bagi nadia tahun ni,macam bukan cuti sekolah je.Mama dah siap2 suruh buat latihan,study etc.Duh.Tapi tak aperla.Untuk mencapai seribu kemanisan,kita perlu membuat seribu pengorbanan.Bukankah begitu?

Cuti sekolah yang bakal bermula menandakan "Goodbye Form 2,Welcome Form 3".#cuak
 Buku-buku teks Form 3 sudah nadia selak.Selak je. :) Pmr oh Pmr.Bahang-bahang.Jadi untuk subjek sejarah,bab pertama,nadia akan belajar tentang Jepun.Oh,Annyeong Haseyo Maharaja Mikado Meiji. :)

Dan korang korang yang masih sekolah tu,rajin-rajinkanlah diri datang ke sekolah ya.Jangan malas-malas.Bermanja-manjalah korang dengan kawan-kawan korang selagi mereka masih hidup.Nanti menyesal tak sudah.Dan waktu ni la pembawaan kamera ke sekolah besar-besaran pun.Ambillah gambar bersama-sama di tempat-tempat yang menarik di sekolah ya,especially tandas,taman bunga,atas,tepi,bawah tangga.Ha,bilik pengetua jangan lupa.Eheh,dan waktu ni jugaklah,waktu korang untuk tulis surat -->meluahkan perasaan kepada pakwe atau makwe korang kan.Al-maklumlah tahun depan dah tak satu kelas. #ehem.

Okeylah,cukuplah saya merapukan diri hari ni.Terima kasih sebab sudi baca.I have gotta go now.See you soon. :)

Ma'assalamah wa illalliqa'
Assalamualaikum, :)

P/s: Result exam dah dapat. :)

Wednesday 9 November 2011

New Life

Assalamualaikum,

Whoaa! Finally ! Ehemm,

Hai ! I'm new in blogging.Hope korang boleh tolong nadia dalam dunia blogging ni la eh? :)
I need and appreciate your help. :)
Yeah,Nadia tau yang blog nadia ni tidaklah sehebat korang semua.I know.I know.And that's why I need your help. :)

-->New Life<-----
Kenapa 'New Life'? Sebab lepas ni nadia akan memulakan kehidupan yang baru bersama blog ini. haha 

So,nak tulis apa lagi yek? =,='

Okey,okey.Insyaallah,nadia nak tulis apa yang terjadi dalam hidup nadia dalam blog ni. Sharing is caring right?
Erm,kenal nadia tak?Of course la tak kenal.So,let me introduce myself lah.Ceyh,

#Peribadi Nadia

Nama saya Nadia Syafiqah.Nama ayah nadia? tak payah tahu kot, ehehe
Call me Nadia,okey?
I am 14 years-old.Yes,I am a good student. #ayat nak good-good je ekk
And yes,I am a PMR student next year. :)

Eh,nanti la dulu.Ada lagi ni.
The most important is I am addicted Pink ! Oh pink,I like you so much.
#Fact,saya pakai baju pink in colour now. *blushing

 #Mengapakah saya buat blog?

Actually nadia buat blog ni supaya bila nadia baca entry awak,awak dan awak,nadia boleh komen.:) Tak payahlah asyik jadi 'anonymous' lagi kan? *kantoi :P

 Nadia jugak suka baca novel bersiri di blog-blog.Penulis-penulis itu telah berhempas pulas cari idea untuk karang novel tu.Dan kita sebagai pembaca? Baca dan bla macam tu je kah? Oh,no no no no.Hargailah pengorbanan mereka.Contohnya,imaginelah yang kita ni dah jadi seorang ibu. #Ehem,boleh jadi ibu mitahali ni


Then kita mestilah buat sarapan untuk family kan?Kita bangunlah punya awal pagi untuk siapkan sarapan tu.Lepas tu,family pun makan dan pergi je dari situ.Apakah reaksi korang?Kecewa,penat atau menangis? Oh,oh mestilah gembira kan. Cuba kalau suami atau anak-anak korang puji masakan korang, heh,senyum sampai ke telinga,Hidung pun kembang semangkuk.Confirm nak masak lagi. #gedik punya ayat. =,='


#Oh,bahagianya

Sometimes,ada blogger yang disable 'anonymous' daripada mengkomen en3 yang diorang buat.So how can I comment it? The solution is,make a blog. #bahasa tunggang langgang

Then,nadia buat blog ni sebab,sebab...okey fine,nadia boring. haha :P
Actually banyak lagi sebab lain,rasanya.Jadi pandai-pandailah fikir sendiri.haha.


Okey,okey,cukuplah merepek-meraban,enough.
Intipati bagi en3 ini adalah -----> Selamat Datang ke Blog Nadia<------- hehe

Okey,I have gotta go now ! See you soon. :)

Ma'assalamah wa illalliqa'
Assalamualaikum, :)


P/s: korang pulak buat blog sebab apa?